Selasa, 24 Mac 2009

Nikmati Sajian Yang Unik Dan Lazat DiMalaysia

Malaysia mempunyai pelbagai jenis gaya masakan unik hasil percampuran budaya penduduk pelbagai kaum yang telah berkongsi dan mencuba perisa, ramuan dan cara memasak di antara satu sama lain.

Pelbagai jenis-jenis makanan Malaysia yang berbagai-bagai jenis dan rasa.

Ibukota Kuala Lumpur menawarkan pilihan aneka hidangan yang paling banyak di seluruh dunia. Nikmati sajian makanan ciptaan tukang masak yang mahir di restoran mewah atau mencuba pelbagai jenis hidangan yang terdapat di pusat beli-belah, kedai dan gerai jalanan.

Negeri Melaka menawarkan sajian Baba Nyonya di kafe menarik yang lazimnya terletak di bangunan kedai lama yang bersejarah. Pulau Pinang pula masyhur dengan nasi kandarnya dan anda hanya perlu menunggu meja kosong untuk menikmati makanan yang enak.

Bandar Ipoh untuk menikmati sajian tempatan yang lazat. Kelantan yang merupakan pusat kebudayaan Melayu turut menyajikan hidangan Melayu eksotik yang beraneka perisa dan warna. Dalam memilih gerai atau restoran, pilihlah gerai atau restoran yang kerap dikunjungi penduduk tempatan kerana sudah pasti makanan di situ sungguh enak dan lazat.

Pilihan makanan beraneka jenis yang terdapat telah dikenali di seluruh dunia sebagai Makanan Malaysia DeliciousFoods.